Mengenai Kami

FASA PERTAMA :-

Ridhwan samin trading telah ditubuhkan pada 28 Mac 2011 dengan modus operandinya adalah menjual pelbagai barangan runcit contoh maggie, sabun, alat tulis dan juga kelengkapan pelajar diasrama pelajar politeknik tuanku syed sirajuddin. Pendapatan utama pada masa itu adalah hasil dari jualan kad tambah nilai telefon bimbit kepada para pelajar yang menetap di asrama PTSS.


FASA KEDUA :


Genap setahun lebih berniaga dalam peruncitan, Ridhwan Samin Trading telah menambah satu lagi jenis perniagaan iaitu membekal makanan dan minuman. Beroperasi di laman tasik Taman Sri Saujana dan hingga kini hasil jualan daripada jabatan makanan dan minuman ini telah berkembang pesat dengan menerima tempahan katering dari sekolah dan juga badan-badan swasta yang lain.

FASA KETIGA :

Kini jabatan makanan dan minuman telah berkembang pesat dan diatas permintaan ramai, banyak produk makanan yang telah ditambah demi memberikan kepuasan sebenar kepada pelanggan, Ridhwan Samin Trading juga telah memberikan peluang kepada Kak Atie untuk meletakkan kuih-muihnya di booth kami dengan kutipan komisen diterima sebanyak 25%